Jumaat, 26 Oktober 2012

Tersembunyi Cinta Pada Tabir Usaha



Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.

"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi

Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.

Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.

Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.

Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.



Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.

Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.

Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.

"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s

By : FADHLUL RAHMAN Artikel iluvislam.com

Ahad, 9 September 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...
Mulakan sesuatu perkara itu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum pembuka bicara, 
Salam disambut tanda mesra,
Ramadan berlalu meninggalkan kita, 
Syawal menjelma di hari mulia. 

Meriahnya rasa suasana hari raya, 
Tersenyum girang tidak terkata, 
Indahnya rasa nikmat beraya, 
Akhirnya syawal pergi meninggalkan kita.


Pembuka bicara dengan mood raya hehehe  mood raya masih lagi terasa sudah ke-21..... amboi berpantun2 pulak saya tadi ea huhuuuu :-D. Alhamdulilah  bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana di bulan syawal yang mulia ini kita masih lagi bernafas dan meneruskan perjuangan kita sebagai hamba Allah s.w.t menuju kejalanNya, insyaAllah.

Hehehe :-D tertiba je kan saya muncul hari ini setelah sekian lama menyepi huhuhuuu agak lama juga saya tidak update status dalam blog yang bernama " Life is Beautiful " nie  kerana tanggungjawab yang perlu saya pikul sebagai seorang yg berkejaya memerlukan saya lebih banyak masa untuk menyiapkan  serta menyempurnakan tugasan yang perlu diselesaikan ( beginilah gamatnye yang dinamakan kerja ) . Saya pasti kawan2 kat luar sana yang rajin singgah ke blog saya nie mesti tertanya2 dan tertunggu2 bilalah agaknye saya nak update blog Life is Beautiful nie kan huhuhu ^__ ^

Akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk update status dalam blog nie. Alhamdulilah, masih ade sedikit ruang untuk saya kembali aktif berblogger nanti, insyaAllah. Terasa sekejap saje masa berlalukan. Macam semalam je kita semua berpuasa. Sebulan lebih Ramadan pergi meninggalkan kita. Ya Allah, sungguh nikmat bulan Ramadan. Bulan di mana kita semua memperbanyakkan amalan dan ibadat kepadaNya. Entah sempat atau tidak kita ketemu bulan mulia nie tahun hadapan ea...insyaAllah law masih dipanjangkan umur. Ramadan   sudah melabuhkan tirainya. Kini, syawalmenjemput kita meraikannya. Pejam celik pejam celik dah raya ke-21 hari ini...cepatnye masa berlalu kan2 :-D seminggu je lagi syawal akan menutup tirainya.

Pergi saje kemane2, pasti ramai yang mengadakan umah terbuka kan....tidak tertinggal yang berada di kampung mahu pun yang berada di bandar. Al-maklum lah setahun sekali merayakannye. Bab cakap pasal umah terbuka or open house nie kan ...pasti seronok kan2. Ape taknye bila mengunjungi umah terbuka nie macam2 kita boleh makan taw. Bukan saje makan kuih raya malah kita pasti takkan melepaskan peluang untuk merasa juadah yang disediakan oleh tuan punye umah terbuka seperti ketupat nasi, sayur lodeh, rendang ayam or daging, sambal kacang dan banyak lagi la.....wahhhh sedapnye tak tersebut oleh saya hehehe :-D . Apa2 pun tidak sempurna syawal kita sekiranye kita tidak berpuasa 6 di bulan syawal nie ^_^
Alhamdulilah saya sudah selamat menyempurnakan puasa 6 di bulan syawal nie .

Okey lah, mesti ramai orang kat luar sana masih dengan " mood raya " kan2 hehehe :-D ape tidaknye seronok sangat pergi open house, banyak tempat pulak tu huhuhuuu tapi kena ingat taw makan tu kena control sikit, bukan ape biarlah badan tu tetap maintain je 
Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga blogger . Sebelum saya melabuhkan tirai jom kita semua dengar and layan lagu Suasana Hari Raya....jom layannnnnnnnnnnnnn



SELAMAT HARI RAYA "

Ahad, 10 Jun 2012

Mengenali Jodoh Menurut Islam

Assalamualaikum....

Salam sayang kepada semua sahabat2 blogger yang mengenali diri ini. Sudah lama agaknya saya tidak update blog saya ini kan huhuhu...Al maklum lah bezy memanjang sampai tiada kesempatan untuk update status dalam blog ini. Alhamdulilah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih memberi saya kesempatan untuk terus menjalani kehidupan ini..amin. 
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang telah saya lalui sepanjang bulan ini ada yang suka ada yang duka. kadangkala itu sampai saya menitiskan air mata kerana tidak sanggup berdepan dengan pelbagai masalah yang telah dilalui. Orang kata setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Oleh itu, kita kenalah kuatkan hati ini untuk jalani kehidupan yang penuh onak duri. Cukuplah tu tak nak lah cite yang sedih2 lagi....

Sebenarnya saya banyak nak kongsi dengan kawan2 semua tentang apa itu Jodoh?

Pernah dengar tak ada orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu saya selalu guna salah satu ayat tu. Tapi mungkin dulu saya tak berapa faham secara mendalam maksud jodoh tu.
Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Saya setuju. Pada saya jodoh setiap orang telah di tetapkan. Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, kahwin la kita.

Kalau dah memang jodoh kamu dengan seseorang, walau datang cabaran banyak mana sekali pun, takkan dapat memisahkan kamu dan dia. Kalau dah memang jodoh kamu dengan dia, kamu elak la macam mana pun, kamu benci lah dia banyak mana pun, kamu gaduh la dengan dia sampai bergegar bumi, kamu takkan dapat lari dari ketentuan-Nya.
Begitu juga kalau kamu tak ada jodoh dengan dia, kamu janji sehidup semati pun tak ada guna. Kalau kamu tak ada jodoh dengan dia, kamu paksa macam mana sekali pun tak akan berjaya. Ambil contoh cerita Laila Majnun dan Romeo & Juliet. Tak ada jodoh antara mereka. Berusaha bagai nak rak, akhirnya sama-sama mati tanpa dapat hidup bersama.

Mak saya pernah pesan, kalau nak jodoh yang baik, setiap kali lepas solat, doa dan minta pada Allah supaya jodoh kita adalah yg terbaik dan dari kalangan yang baik-baik. Kalau jodoh kita bukan orang yang baik sebelum kita bersama dia, doa dan mohon pada Allah supaya dia akan berubah menjadi baik dan lebih baik bila bersama dengan kita. Jodoh tak kenal beza umur. Jodoh tak kenal paras rupa. Jodoh itu ketentuan Allah. Jodoh itu kerja Allah. Jodoh itu anugerah dari Allah. Siapa kita untuk menghalang dan mengkritik kerja Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha menentukan atas sesuatu yang dikehendaki-Nya.

Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam.  Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan kita.  Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Jodoh terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.


Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam InsyaAllah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Saya kongsikan 2 jenis Doa di bawah : 




Doa Mencari Jodoh

Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Doa Putus Cinta

Saya hanya berkongsi untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua.

Jumaat, 13 April 2012

Penyejuk Mata Dan Menjemput Bidadari

Buat kaum Adam, para muslimin, ikhwani yang dihormati, yang bakal menjemput bidadari sang ratu hati, dan yang sudah menjemput bidadarinya.

Juga buat kaum Hawa, para muslimat, yang bakal dijemput sebagai bidadari, dan yang sudah dijemput dan sedang melalui alam perkahwinan.

Sekalian manusia menginginkan perkahwinan yang bahagia, alam cinta yang indah. Tiada yang menginginkan perkahwinan yang penuh duka dan duri. Inginkan bahagia, maka hendaklah dituruti jalan yang betul, agar sampai ke destinasi bahagia. Apakah yang menjadikan satu perkahwinan itu bahagia? Apakah jalannya?

Mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.

Apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan, apakah tindakan-tindakan yang perlu kita ambil? Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti.

Asas dan Halatuju Mahligai Cinta

Antara aspek penting yang perlu kita beri perhatian. Asas dan halatuju mahligai yang dibina.

"Dan izinkan kujemput bidadari. Untuk bersama menuju-Mu mengisi hari."

Sedap dan indah didengar dan dilafaz. Namun lebih indah lagi, apabila usaha ke arah menujuNya dilakukan dan dilaksanakan. Asas dan halatuju cinta insani ialah cinta Ilahi. Apabila asasnya betul, asasnya kukuh, nescaya bahagia hadir mendamaikan kehidupan. Sekiranya asasnya rapuh, bahagia menjadi sesuatu yang amat sukar dimiliki, very elusive.

Dan semestinya, apabila bercinta, hendak bercinta sehingga ke syurga. Syurga akhirat, Jannatullah.



Firman Allah Ta'ala:

Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
*Manusia di dunia ini baik disedarinya atau tidak adalah dalam perjalanan kepada Tuhannya. Dan tidak dapat tidak dia akan menemui Tuhannya untuk menerima pembalasanNya dari perbuatannya yang baik dan buruk.

Inilah halatuju mahligai cinta yang dibina. Cinta hingga ke syurga. Begin with the end in mind. Apabila betul dan tepat halatuju, disusuli dengan usaha dan amal yang bertepatan, disulami doa dan tawakkal kepada Maha Pemberi, nescaya mahligai cinta yang dibina bahagia, berkekalan dan berseri di bawah naungan redha dan rahmat Allah s.w.t.

Apakah usaha dan amal tersebut? Ia adalah usaha dan amal yang melayakkan kita kelak untuk menerima kitab amal dengan tangan kanan. Sama-sama kita renungkan.

Akhlaq Mulia

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kaum mukminin yang paling sempurna perihal keimanannya ialah yang terbaik akhlaqnya antara mereka itu, dan yang terbaik antara kalian ialah yang terbaik akhlaqnya terhadap kaum wanitanya."
(Riwayat Imam Tirmidzi)

Akhlaq adalah satu aspek atau kriteria yang dinilai oleh ibubapa dalam pertimbangan mereka tentang sejauh mana anak mereka bersedia dalam menggalas tanggungjawab sebuah perkahwinan. Akhlaq diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk 'melepaskan' anda ke dunia lain yang lebih mencabar, iaitu perkahwinan.

Ia juga satu kriteria yang dinilai oleh bidadari yang ingin dijemput, dan ibubapa kepada bidadari itu.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila datang (meminang) kepada kamu orang yang kamu redha agama dan akhlaqnya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
(HR Tirmidzi – Hadis Hasan Gharib)

Hadis ini, pelajaran kepada para ibubapa, juga yang bakal menjadi ibubapa kelak:
1. Kriteria penilaian nombor satu untuk bakal menantu, adalah kriteria akhlaq mulia.
2. Bukan bermakna kriteria harta, keturunan dan keindahan wajah tidak penting. Semua itu perlu dipertimbangkan, namun nombor satu adalah berakhlaq mulia.
3. Didiklah putera-puteri kesayangan agar menjadi Muslim dan Muslimah yang berperibadi mulia dan indah.

Pelajaran buat yang bakal menjemput bidadari dan yang bakal dijemput, berusahalah hiasi diri dengan akhlaq indah dan mulia, mencontohi teladan utama kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a., dan daripada mereka yang mengalir keindahan akhlaq baginda s.a.w. pada diri mereka, dikalangan para ulama', murabbi, keluarga terdekat dan insan-insan yang soleh dan solehah.

Satu Amanah

Sabda Rasulullah s.a.w. , sebahagian daripada hadis yang panjang:

Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka (sebagai amanah) melalui perjanjian dengan Allah. (Riwayat Muslim)

Buat para muslimin dan para suami, beramallah dengan amal ahli syurga iaitu amal-amal soleh, dan jadikanlah isteri kita wanita syurga.

Buat para muslimat dan para isteri, taatilah suami kalian, selagimana halatujunya adalah redha dan syurga Allah.

Semoga redha Allah sentiasa bersama dengan kita.

- Artikel iluvislam.com

Khamis, 12 April 2012

Why I Love Him?

Cinta itu apa sebenarnya?


Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.

"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab."

Sebab?

Why?

Sebab adalah nyawa cinta.

Tanpa sebab, matilah cinta.

Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.

Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.

Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi...

sebab dia pandai...

sebab dia cantik...

sebab dia hebat...

Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.

Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.


Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.

Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.

Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini.

Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.

Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?

Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.

Apa dia?

Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.

Jom!

- Artikel iluvislam.com

Rabu, 11 April 2012

Tersenyumlah (。◕‿◕。)

Satu perkara yang mudah namun ada kalanya ia menjadi begitu sukar. Mengukir senyuman di bibir kadang-kadang menyembunyikan kedukaan tersembunyi di dasar hati. Namun hanya diri ini yang mengerti.

Abu Darda' pernah berkata :

"Sesugguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku"

Pernah jua Rasulallah SAW tertawa hingga menampakkan gigi gerahamnya, tapi tidak pernah pula baginda SAW ketawa berdekah-dekah.

Ada pepatah menyebut :

"Janganlah terlalu banyak tertawa, kerna terlalu banyak tertawa akan mematikan hati"

Tapi ambillah jalan yang wasthiyyah dalam keadaan bersederhana

"Senyummu di kala bertemu saudaramu bernilai sedeqah"

Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :

"Meskipun sekadar menampakkan wajah ceria di saat kau bertemu dengan saudaramu"

Indahnya saranan Rasulallah SAW ini. Dengan senyuman sahaja dapat menjalinkan hati-hati manusia walaupun ada kalanya lisan lidah tidak jelas difahami, warna kulit jauh beza sekali. Namun dengan hanya menguntum senyuman sudah bisa untuk mentautkan hati-hati yang tersembunyi tapi begitu berarti.

Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :

"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Ada sahaja manusia yang membuatkan kehidupannya menjadi bermuram durja bahkan mereka yang berada di sekelilingnya turut merasai derita muram durja itu hanya kerana sifatnya yang gemar membesarkan perkara yang kecil. Menyibukkan diri dengan perkara yang kurang penting sampai terlebih pula.


Akhirnya dunianya menjadi hitam dan kelam. Kemudian pula menyebarluaskan kekelaman yang ada menghantui benak sanubarinya kepada orang yang berada di sekitarnya. Sifat inilah yang banyak dijangkiti pada mereka pada hari ini. Benda yang hanya sekecil seekor tikus dihebohkan seumpama seekor gajah. Akhirnya segala apa yang ada dalam genggamannya dan sisi pandangnya tidak memberikan sebarang arti padanya, apatah lagi menggembirakannya. Mereka tidak merasa puas dan senang dengan sebanyak mana sekalipun segala bentuk kesenangan yang berada dalam genggamannya.

Ramai orang yang telah sisi pandang hidupnya dikaburi. Mereka sudah tidak dapat melihat bahkan menghayati keindahan hidup ini. Sisi pandang mereka hanya dapat mengenal materialistic yang acap kali menjadi kayu ukur dalam segenap aspek kehidupannya. Mereka cuba menggenggam segala banyak mungkin materialistic untuk menjadi sumber kekayaan. Akan tetapi mereka sering lupa untuk menyoal bagaimana hendak membuat hati mereka bahagia?

Jika kita hanya mampu untuk menangani perkara-perkara kecil dalam menulusuri kehidupan ini, berarti kehidupan kita ini tidak akan melebihi perkara-perkara kecil sahaja dalam hidup ini. Namun, jika kita berkeyakinan untuk berani berdepan perkara-perkara besar dalam menulusuri arus kehidupan, maka kita akan memiliki semangat dan azam yang besar yang bisa untuk memusnahkan segala bentuk halangan dan dugaan yang bakal menerjah tiba.

Jiwa yang senantiasa menguntum senyuman akan melihat kesulitan dengan penuh ketenangan dan kelapangan sambil terus mengorak langkah untuk mengatasinya. Jika mereka berdepan dengan sebuah simpulan persoalan, mereka akan menguntum senyuman. Mereka turut mempamerkan senyuman ketika sedang berusaha merungkai tali-tali persoalan yang menanti dan masih tersenyum ketika mampu menanganinya. Akan tetapi, jiwa yang bermuram durja akan melihat kesulitan itu dengan sudut pandang penuh kesedihan. Saban kali menemui kesulitan, ia akan mengelak akannya atau jua memperbesarkannya, semangatnya mulai luntur dan langkahnya mulai longlai serta mula mencipta alasan dengan lafaz : "kalau".. "bila"... dan "jika"...

Sesugguhnya kita amat mendambakan kepada sekuntum senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlaq yang mulia, jiwa yang lembut dan ketulusan dan kelunakan dalam menutur kata.

"Sesungguhnya Allah swt telah mewahyukan kepadaku (Muhammad SAW) agar kalian bersikap tawadhu', hingga tidak ada seorang pun yang berbuat dzalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain"

Jangan terus bercerita tentang masalah sampai lupa untuk berbicara tentang solusi. Berbahas tentang masalah seolah-olah tiada lagi jalan keluar darinya sedangkan sifat kita sendiri yang suka memperbesarkan masalah. Tidak salah untuk berbicara tentang masalah, namun apa yang paling utama adalah mencari solusi dalam mengatasi masalah itu.

Jangan bersedih kerana kita telah melalui kesedihan itu semalam dan sama sekali ia tidak dapat memberi manfaat jika kita terus diambang kesedihan. Pandanglah ke belakang untuk menilai semula masalah dan mulakan langkah untuk mengatasi masalah hari ini serta teruskan usaha untuk memadam kesedihan hari semalam.


Ketika kita sedang bersedih dek kerna kemiskinan mahu pun kesengsaraan yang sedang dideritai, bukankah kesedihan itu hanya akan menambahkan lagi kesusahan kita? Ketika kita sedang bersedih di atas kritikan dan kata-kata hina lagi nista pada kita, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan mengobarkan lagi semangat mereka yang selama ini mahu melihat kita terus jatuh?

Janganlah dihimpit kesedihan kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang manis manjadi pahit, sekuntum mawar yang mekar nan indah kelihatan layu, kebun yang luas menghijau kelihatan seperti padang pasir yang kering kontang, wajah yang ceria menjadi masam mencuka, hati yang tenang berubah menjadi gundah gulana, kehidupan yang luas di ats dunia ibarat seperti meringkuk dalam bilik penjara.

LA TAHZAN.. (。◕‿◕。)

Isnin, 9 April 2012

Bila Dilanda Tekanan dan Dukacita….

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ.....

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang.
Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita kongsikan dugaan dan ujian yang menguja empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang ?

Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa.

Rasulullah saw mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepadaNya semata-mata. KepadaNya kita menghambakan diri dan kepadaNya jua kita memohon segala pertolongan.


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Kisahnya,
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!"

Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Ada baiknya kita beramal dengan doa ini pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan Allah swt. Doa ini adalah sebahabian daripada 'Al-Ma'thurat', yang bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: "Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."

Mari kita ingati akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."


 ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Selamat beramal....

- Artikel iluvislam.com

Ahad, 8 April 2012

Sahabat, Hati-hati Ketika Bergurau

Semua manusia di muka bumi ini adalah sama, Hamba ciptaan Allah swt. Tugasnya dicipta di atas dunia adalah untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur." (Hadis riwayat Muslim)

"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya." 
(Hadis riwayat Muslim)

Adakalanya kita tidak merasa sedih dengan kata-kata kawan kita sebab kita selalu anggap itu semua gurauan. betul kan? tapi ingin saya tegaskan kat sini, kita semua manusia. Punya hati dan perasaan. Kadang-kadang tu boleh tapi jangan selalu. Buatlah 5 tahun sekali ke. 10 tahun 3 kali ke. Kalau dah hari yang sama, ramai "gurau" yang sama, macam mana kita pasti yang tuan punya badan tidak sedih?

Kepada yang gemuk:
Bayangkan kalau anda dikatakan GEMUK berulang-ulang kali oleh orang yang berlainan pada hari yang sama. Maaf,tapi jangan terasa dengan penulisan saya kali ini kerana saya juga seperti anda. Pernah merasa dihina atau cuba 'digurau'.

A: Eh,Ahmad ! ko macam belon la hari ni..
B: Ahmad, ko sorang je yang makan banyak ni wei. oh,aku paham. tengok badan la kan.
C: Dalam adik-beradik ko kan ahmad, ko ikut badan sape?
D: Eh Ahmad,kawan ko la tu (sambil tunjuk ke arah gajah)




Ya! Pada mulanya kita akan ketawa bersama-sama. Tapi kalau dalam satu masa, semua berkata benda yang sama, tidakkah itu menjadi tekanan padanya? Maaf, Ahmad hanya nama samaran.

Kepada yang pendek:
Tolong juga bayangkan situasi si pendek yang mana sama dengan si gemuk tadi. Bolehkan? tidak pelikkan kalau kita jumpa orang yang PENDEK + GEMUK.

Bentuk fizikal seseorang jangan sekali-kali kita cuba perlekehkan kerana itu adalah seindah-indah ciptaan daripadaNYA. Percayalah, pasti ada hikmah dari ALLAH SWT. Jangan merasa diri kita sempurna. Banyakkan muhasabah diri sendiri dan jangan perhatikan kesalahan atau kekurangan orang lain kerana mereka juga berhak merasa gembira bukan dihina atau diperkotak-katikkan. Bukan sahaja bentuk fizikal, malah apa sahaja kelemahan yang kita nampak dari seseorang itu kerana sempurna sangatkah kita?




Sahabat-sahabat semua, janganlah kalian suka mempersendakan orang. Saya bukan sebaik dan setabah yang disangka. Kadang-kadang air mata ini tetap mengalir. Kerana saya juga manusia biasa. Saya tahu saya banyak juga kelemahan daripada anda. Mungkin dengan cara anda "bergurau" boleh menggembirakan hati orang lain tapi ingatlah bukan semua sama seperti kita. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seseorang itu. Kadang-kadang benda yang dah biasa kita dengar kita tidak akan terasa, malah kita lali dengan gurauan tersebut. Tapi nanti bila sampai satu saat, orang yang dikata itu akan terasa. Percayalah. Mungkin itu menjadi bahan gurauan buat anda dan boleh menggembirakan hati anda tapi ingat, itu merupakan kata-kata yang memberi tekanan dan sedih sebenarnya buat si dia.


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." 
(Hadis riwayat al-Hakim)

- Artikel iluvislam.com

Rabu, 21 Mac 2012

CaRTa HaTi - NajWa LaTif



Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita


Isnin, 19 Mac 2012

Life is Beautiful ♥: CuMa aKu ^_^:

Assalamualaikum.....
Salam sayang untuk semua insan yang sentiasa berada diingatanku...Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t kerana semua perjalanan hidupku berjalan dengan lancar hendakNya, syukur alhamdulilah. Tertiba teringat kat someone hehehe terasa malu pulak bila memikirkan tentang dirinya. Apa khabar agaknya dia di sana ishhh apa lah saya ini kan tertiba teringat kat dia. Entah2 dia langsung tak ingatkan saya kat sini huhuhuhu...hehehe malunya bila cakap pasal ini semua. Hope sangat2 dia happy2 saja bersama rakan2 seperjuangan di sana....aminnnnnnn.
Bila cakap pasal hati, rasanya saya saja kot yang ada perasaan camni pada dia selama ini. Saya tengok dia macam tak ade respon aje dengan saya eeeiiii malunye takutla nanti orang cakap saya perasan sendiri hanya bertepuk sebelah tangan...tak mau tak mau ^^. Susahkan hati orang ini kita nak baca apatah lagi law orang itu jenis yang kuat berahsia lagi susah nak baca :)
Arr teringat saya dengan sebuah lagu nyanyian Heliza Helmi yang bertajuk CUMA AKU macam kena saja dengan situasi saya sekarang ini....lebih kurang camni lah lirik lagunya...jom nyanyi sama2 ^_^

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

hehehe nampak sweet sangat2 lirik lagu ini dengan situasi saya sekarang huhuuu....hehe mata saya pun dah mengantuk sangat2 ini. Sampai sini dulu ea saya update, insyaAllah law ada masa lagi saya update ea :)
Selamat malam semua kengkawan blogger jangan lupa nanti nak tido basuh kaki and baca doa sebelum tido ea moga mimpi yang indah2 :)

Terukir Di Bintang - Yuna


Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku 
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padam 


Assalamualaikum ^_^

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...
Mulakan pagi yang indah dengan Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ......
Alhamdulilah bersyukur kehadrat Allah s.w.t  kerana masih lagi diberikan nafas untuk hidup serta menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaNya. Keheningan pagi yang cukup indah ini telah membawa diriku bangun dari mimpi semalam. Bismillahirrahmanirrahim....permulaan hari yang indah....moga setiap derapan langkah , taburan kalimah , cetusan niat yang menterjemahkan tindak tanduk mendapat keredhaan-NYA...HARI INI JAUH LEBIH BAIK DARI SEMALAM.....semoga ketenangan mengisi lubuk jiwa dan hidup berkiblatkan suluhan Taufiq dan Hidayah-NYA.....Aku berlindung kepada Engkau dari keburukan hari ini , keburukan hari sebelum dan sesudah hari ini.......Amin.Ya Allah......

Ahad, 18 Mac 2012

Falsafah Cinta melalui 5 jari anda... ♥

FALSAFAH CINTA 5 JARI :

Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?

Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.

1. Ibu Jari

Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.

2. Jari Telunjuk

Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.

3. Jari Kelingking

Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.

4. Jari Manis

Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!

KESIMPULAN

Perkahwinan yang menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yang menanti di sana. Syurga dunia ini lahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yang terkandung di dalamnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang dan rahmah.” – Surah Ar-Ruum (30) ayat 21.

Selasa, 21 Februari 2012

Cinta itu anugerah ALLAH



Cinta, kasih dan sayang adalah anugerah ALLAH dalam hati hambaNYA. cinta menjadi kepunyaan seseorang apabila hatinya penuh dengan nur ilahi. Cinta adalah sunnah rasul, junjungan tercinta.

Mana mungkin cinta dan kasih sayang yang menjadi salah satu sifat TUHAN YANG MAHA BERKUASA tidak membawa kebahagiaan kepada hambaNYA.

Carilah cinta yang dengan memperoleh cinta tersebut, cinta ALLAH menjadi milik kita. dapatkanlah cinta yang dengan memenuhi jiwa kita dengan cinta itu, redha ALLAH menjadi hak kita.

Cinta sesama manusia yang halal adalah motivasi terbaik dalam diri manusia, baik dia cinta kepada ibu bapa mahupun cinta kepada seorang lelaki bernama suami.

Cinta suami sangat indah dan membawa tahap kesyukuran kepada ALLAH yang sangat tinggi. moga kita semua dalam mawaddah cinta yang datang dengan rahmah ILAHI.

Jumaat, 3 Februari 2012

Keluaran Terbaru DaRa.CoM



Assalamualaikum kawan-kawan....^^

Alhamdulilah bersyukur sangat-sangat sebab penantian  keluaran terbaru majalah comel dara.com sudah keluar di pasaran. Tak sabar rasanya untuk membeli dan memiliki majalah comel nie hehehe =) Korang nak tahu tak kenapa saya suka sangat majalah comel ini??? Nak tahu kenapa....sebabnya majalah comel ini memiliki kandungan yang cukup menarik di dalamnya sebagai contoh pencarian covergirl dara.com musim ini iaitu Nadia ^^.... selain itu 40++ Fesyen dan Selendang untuk gaya feminin ( harus cuba hehehe )...yang paling penting sekali tentang fokus bulan ini iatu CINTA LUAR BIASA menarik ini untuk dibaca huhuuuu.....ruang yang paling saya suka sekali ialah ruang fesyen huhuhuu....suka sangat-sangat lihat fesyen terbaru yang diketengahkan oleh majalah dara.com. Harus cuba taw!!! Hehehe ^_^ Bukan itu saja malah ada ruang untuk penggemar fesyen ( klinik fesyen ) huhuhuu. Korang nak tahu tak saya sebenarnya tidak sabar-sabar menanti keluaran baru majalah dara.com tiap-tiap bulan sebab saya suka mengumpul majalah comel kesayangan saya ini sebagai koleksi peribadi.
Saya sokong majalah comel ini 100% kerana majalah comel ini membantu para remaja muslimah mengetahui sejauh keingingan diri mereka untuk mengetahui serba sedikit tentang Sopan dan cantik, Kesihatan serta Fesyen muslimah...Memang Terbaik!!!!

TeMaNku

Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu temanku,

Gerakkan langkahmu bersama,
Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini.

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."



*Menitis air mataku mengenang segala yang pernah ku lalui.Aku merinduimu sahabatku.Harapan dan doaku agar dia hadir lagi bersama melakar semangat yang baru mencapai impian dan matlamat kehidupan seorang insan

Rabu, 1 Februari 2012

Aku Perlukan Kekuatan


Ya Allahu Ya Aziz, Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.com